Thursday, February 12, 2009

Sekitar Kursus Marhaban Berzanji dan Bengkel Syarahan

Buat pertama kalinya pihak Pejabat Pelajaran Kinabatangan dibawah kendalian En Kimarun Usman telah mengadakan Kursus Marhaban Berzanji dang bengkel Syarahan Agama. Program sehari ini dijalankan di Pusat kegiatan Guru Kinabatangan (PKG) telah dihadiri hampir 40 orang peserta. Peserta yang terdiri daripada Guru Pendidikan Islam dan juga Jurulatih Marhaban dan berzanji.
Sebahagian peserta yang bersemangat, Hakim cerita 12 tahun, mahu jadi hakim Marhaban pulak Ust zaidi Al-Keruaki

Kursus yang bertujuan mendedahkan kaedah Penghakiman dan Pengendalian Marhaban dan Berzanji ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari JHEAINS Kinabatangan. Pembentangan Pertama dikendalikan oleh Ust Ahmad Shufaie Wagiran. Bagi sesi praktikal Marhaban dan Berzanji, Ust Rafie Atim telah membimbing para peserta dengan jayanya. Peserta turut diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka.

Pada sebelah petang, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan sekolah Menengah bersidang untuk memgeluarkan butiran-butiran syarahan. Ianya dikemudi oleh Ust Mohd.Zaidi Mustafa. Sementara itu, para peserta sekolah Rendah bersidang untuk menggarapkan teknik dan isi bercerita. Ust Hafizul Othman dari SK Bukit Garam 2 bertindak sebagai pemudahcara

kelihatan Ust Rafie sedang menerangkan tatacara Marhaban dan berzanji
Sebahagian peserta sedang kusyuk mendengar alunan Marhaban
Kawan sibuk mengambil makanan, Ust Mad nak bergambar pulak
Semangat belajar, satu-satunya, peserta yang membawa pasangan


Terima kasih Daun Keladi Ustaz, kami ni belum pandai lagi.. kena datang ajar lagi

No comments: