Friday, December 25, 2009

Guru Sarjana Dan Phd Perlu Insentif

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.

"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka.

Sumber : Harakahdaily.net
"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.

Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.

Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertingggi.

Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.

Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.

Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang an Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.

Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.

Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.

Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Tuesday, December 1, 2009

NISBAH GURU WANITA TINGGI

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberikan penjelasan mengenai insentif khusus yang diberikan kepada guru wanita dalam perkhidmatan mereka.Abdul Hadi sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, guru wanita berperanan secara khusus dalam aspek pendidikan dengan sifat, tabiat dan naluri kewanitaan yang ada pada mereka namun dalam masa yang sama mereka juga berperanan dalam membentuk dan mendidik keluarga."Apakah insentif yang diberikan kerajaan terhadap tugas mereka yang besar dan apakah ruang-ruaang yang sepatutnya diberi supaya mereka berjaya dalam kerja dan keluarga bahagia?"soalnya.

Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya berkata, Kementerian menyedari tanggungjawab besar yang dipikul oleh guru wanita terhadap keluarga. Oleh itu, KPM sentiasa menjaga kebajikan guru wanita seperti menyediakan pusat asuhan untuk anak-anak mereka.

Berkenaan insentif pula, KPM menyediakan satu skim yang sama kepada guru lelaki dan wanita berdasarkan mutu perkhidmatan dan juga khidmat cemerlang yang ditunjukkan manakala dari segi kenaikan pangkat, tiada diskriminasi gender

"Kita sedar guru wanita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga.Sebab itulah kita sentiasa menjaga kebajikan guru wanita contohnya keperluan untuk mengadakan program asuhan kepada anak mereka," katanya.Sebelum itu, Abdul Hadi meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah menengah khususnya di sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan pinggir bandar.Wee Ka Siong memberitahu,sehingga 31 Januari 2009 nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah renndah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara ialah nisbah satu kepada dua.Manakala jumlah guru mengikut jantina di sekolah di bawah KPM adalah seperti berikut:Bagi sekolah rendah guru lelaki ialah seramai 67947 manakala guru perempuan ialah seramai 151,819.

Bagi sekolah menengah guru lelaki ialah seramai 53825 manakala guru perempuan ialah seramai 112,440 Jumlah keseluruhan guru lelaki ialah 121,772 manakala guru perempuan 264,259KPM ujarnya sedang mengambil langkah untuk menyeimbangkan jurang guru lelaki dan wanita di negara ini dengan meningkatkan kuota pengambilan guru lelaki untuk meyertai kursus perguruan khusunya ke kawasan pedalaman.KPM juga meningkatkan pengambilan guru lelaki dalam bidang yang menarik dan lasak seperti sains sukan, kemahiran hidup, dan vokasional selain meningkatkan promosi di media massa untuk memberi informasi mengenai bidang pendidikan.

Dato' Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) dalam pada itu mendakwa KPM mengamalkan sikap diskriminasi terhadap lelaki apabila jumlah guru wanita lebih ramai daripada guru wanita.Namun Wee Ka Siong menafikan dakwaan itu sebaliknya meminta Mohammad Aziz mengambil kira jumlah penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menunjukkan jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki.

NISBAH GURU WANITA TINGGI

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberikan penjelasan mengenai insentif khusus yang diberikan kepada guru wanita dalam perkhidmatan mereka.Abdul Hadi sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, guru wanita berperanan secara khusus dalam aspek pendidikan dengan sifat, tabiat dan naluri kewanitaan yang ada pada mereka namun dalam masa yang sama mereka juga berperanan dalam membentuk dan mendidik keluarga."Apakah insentif yang diberikan kerajaan terhadap tugas mereka yang besar dan apakah ruang-ruaang yang sepatutnya diberi supaya mereka berjaya dalam kerja dan keluarga bahagia?"soalnya.

Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya berkata, Kementerian menyedari tanggungjawab besar yang dipikul oleh guru wanita terhadap keluarga. Oleh itu, KPM sentiasa menjaga kebajikan guru wanita seperti menyediakan pusat asuhan untuk anak-anak mereka.

Berkenaan insentif pula, KPM menyediakan satu skim yang sama kepada guru lelaki dan wanita berdasarkan mutu perkhidmatan dan juga khidmat cemerlang yang ditunjukkan manakala dari segi kenaikan pangkat, tiada diskriminasi gender

"Kita sedar guru wanita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga.Sebab itulah kita sentiasa menjaga kebajikan guru wanita contohnya keperluan untuk mengadakan program asuhan kepada anak mereka," katanya.Sebelum itu, Abdul Hadi meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah menengah khususnya di sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan pinggir bandar.Wee Ka Siong memberitahu,sehingga 31 Januari 2009 nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah renndah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara ialah nisbah satu kepada dua.Manakala jumlah guru mengikut jantina di sekolah di bawah KPM adalah seperti berikut:Bagi sekolah rendah guru lelaki ialah seramai 67947 manakala guru perempuan ialah seramai 151,819.

Bagi sekolah menengah guru lelaki ialah seramai 53825 manakala guru perempuan ialah seramai 112,440 Jumlah keseluruhan guru lelaki ialah 121,772 manakala guru perempuan 264,259KPM ujarnya sedang mengambil langkah untuk menyeimbangkan jurang guru lelaki dan wanita di negara ini dengan meningkatkan kuota pengambilan guru lelaki untuk meyertai kursus perguruan khusunya ke kawasan pedalaman.KPM juga meningkatkan pengambilan guru lelaki dalam bidang yang menarik dan lasak seperti sains sukan, kemahiran hidup, dan vokasional selain meningkatkan promosi di media massa untuk memberi informasi mengenai bidang pendidikan.

Dato' Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) dalam pada itu mendakwa KPM mengamalkan sikap diskriminasi terhadap lelaki apabila jumlah guru wanita lebih ramai daripada guru wanita.Namun Wee Ka Siong menafikan dakwaan itu sebaliknya meminta Mohammad Aziz mengambil kira jumlah penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menunjukkan jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki.

Monday, October 26, 2009

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Di Teruskan

Setelah ditunda beberapa kali kerana sebab-sebab teknikal, pihak pejabat Pelajaran Daerah dibawah kelolaan Ust Jumat Bin Yusuman telah memutuskan untuk menjalankan program Nadwah Pelajar Islam. Keputusan mesyuarat siang tadi telah mengambil beberapa ketetapan. Antaranya:

Tarikh NKI : 4 hingga 6 November 2009
Tempat : Masjid Daerah Kinabatangan
Peserta : 70 orang peserta Tingkatan 4 daripada 4 buah sekolah menengah
Yuran : RM 5.00 seorang
Fasilitator : Guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Makanan : Di masak oleh AJK

Semoga maklumat ini dapat mempersiapkan keperluan-keperluan dan penyertaan program tersebut.

Monday, October 19, 2009

JADUAL BELAJAR MENGAJI AL-QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH AL-HIRA’

Program Imarah Masjid Al-Ghafar

2009

MASA

GURU

TEMPAT

CATATAN

Ahad Malam ISNIN

UST ZULKIFLI ABU BAKAR

MASJID AL-GHAFAR

Guru J-QAR

SK Kota

Selasa malam RABU

UST ABDUL QUYYUM

MASJID AL-GHAFAR

GPI SK Batu Puteh

Jumaat Malam SABTU

UST FADZILAN RASDI

MASJID AL-GHAFAR

GPI SK Sentosa Jaya

· Kelas pengajian bermula selepas maghrib. Pelajar digalakkan datang sembahyang maghrib di Masjid Al-Ghafar

· Pelajar digalakkan mempunyai buku Al-Hira’ secara peribadi bagi memudahkan pengajian

· Sebarang kemusykilan, sila rujuk guru-guru tersebut

· Kuliah Ilmu Umum adakan diadakan pada setiap hari Selasa Malam Rabu [ Selepas Solat Insya)

Saturday, October 17, 2009

Pendidikan Islam dimantapkan

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan berpendirian pendidikan agama merupakan asas pembinaan akhlak, sahsiah dan jati diri anak-anak.

“Mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pelajaran,Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini bersetuju supaya program itu diperluaskan,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia merupakan maklum balas beliau selaku Menteri Pelajaran terhadap beberapa isu yang dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan itu termasuk semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tambah beliau, antara program dakwah yang dimantapkan di sekolah-sekolah ialah kursus dakwah kepimpinan pelajar, tadarus al-Quran dan program solat bestari.

Katanya, setelah j-QAF diperkenalkan pada 2005, kelas pemulihan jawi telah diwujudkan bagi memulihkan murid-murid Islam yang tidak menguasai tulisan tersebut.

“Mulai 2005 hingga kini, tulisan jawi juga telah disisipkan dalam akhbar Utusan Melayu melalui usaha sama Kementerian Pelajaran,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada perwakilan yang mencadangkan agar mata pelajaran jawi diperkasakan.

Katanya, tulisan jawi memang satu elemen dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.

“Waktu pembelajaran jawi adalah dua waktu bagi tahun satu dan satu waktu bagi tahun dua hingga enam manakala di sekolah menengah, tulisan jawi diterap oleh guru-guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran", Katanya

Wednesday, October 14, 2009

Jemputan Ke Seminar Menangkis Kejahatan Makhluk Halus

[Kaedah Merawat Santau, Saka, Sihir dan Susuk]

1. Muqadimmah

Firman Allah yang bermaksudnya:

Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allah-lah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong (dengan mengatakan): "Bahwasanya Allah mempunyai anak laki-laki dan perempuan", tanpa (berdasar) ilmu pengetahuan[495]. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan.

Manusia dan jin dijadikan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Namun demikian, ramai manusia yang ingkar kepada titah perintah Allah dengan cara melakukan kerosakkan. Begitu juga jin, mereka yang jahat selalu melakukan kerosakkan dan mengganggu manusia sehingga menyusahkan hidup manusia.

Akhir-akhir ini, Kinabatangan digegarkan dengan banyak kes rasukan yang berpunca daripada 4S iaitu Santau, Saka, Sihir dan Susuk. Bahkan serangan ini bukan sekadar menyerang individu tetapi juga menyerang dalam bentuk kumpulan seperti mana yang berlaku terhadap beberapa buah sekolah di daerah ini. Beberapa orang perawat daerah ini terpaksa berkerja lebih untuk membantu para pesakit sehingga rutin hidup mereka juga turut terganggu.

Gangguan jin ini mudah terkena kepada kita kerana benteng (pagar) diri yang lemah, kadang-kadang tidak ada langsung. Ianya memudahkan berlakunya gangguan. Hari ini, manusia sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memagar rumah mereka demi menjaga keselamatan mereka tetapi jarang yang menyediakan kewangan untuk memagar diri mereka daripada gangguan makhluk halus yang sentiasa bersedia mengganggu manusia.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Guru Pendidikan Islam Kinabatangan [PGPIK] dengan kerjasama JHEAINS Kinabatangan telah mengambil inisiatif menganjurkan KURSUS RAWATAN ISLAM [Kaedah Merawat Santau, Saka, Sihir dan Susuk] demi mewujudkan bi’ah salimat dalam kehidupan harian kita.



2. Objektif

2.1 Membantu masyarakat memahami kaedah-kaedah menangkis kejahatan makhluk halus

2.2 Melatih dan Melahirkan perawat-perawat yang mengamalkan kaedah perubatan Islam menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan doa-doa terpilih

2.3 Menyediakan perawat Islam yang menepati Syariat Islam pada setiap kampong dan jabatan bagi menangani masalah gangguan di tempat masing-masing

2.4 Membersihkan amalan-amalan khurafat dan ajaran sesat dalam pengamalan perubatan Islam

2.5 Sebagai wasilah penerusan ilmu daripada tuan guru kepada pelatih/perawat dengan harapan ilmu perubatan yang diijazahkan kelak akan digunakan untuk membantu masyarakat

2.6 Membuka medan dakwah melalui rawatan Islam

2.7 Meringankan bebanan ahli-ahli agama dan membuktikan ajaran Islam sesuai untuk semua kelompok manusia

3. Anjuran

Persatuan Guru-Guru Islam Kinabatangan (PGPIK) dengan kerjasama JHEAINS Kinabatangan

4. Pengendali

Ust Sarhan Safie Al-Tobibi dan 3 orang pembantunya

(Perawatan Kaedah Islam Tersohor)

5. Tarikh

31 OKTOBER hingga 01 November 2009

6. Tempat

Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan, Kinabatangan

7. Sasaran Peserta

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada;-

7.1 Wakil-wakil jabatan terutama institusi Pendidikan

7.2 Wakil-wakil masjid dan kampong

7.3 Pimpinan masyarakat

7.4 Belia dan beliawanis

8. Yuran Penyertaan

Enam Puluh Ringgit Sahaja (RM60 seorang )

[Fail, sijil dan bahan Kursus]

9. Syarat-syarat Peserta

9.1 Terbuka kepada semua yang berusia tidak kurang dari 18 tahun (lelaki & perempuan)

9.2 Boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan baik

9.3 Tidak merokok

9.4 Tidak mengamalkan ilmu yang bercanggah dengan syariat Islam

10. Cara pendaftaran

10.1 Peserta terawal mendaftar akan diberi keutamaan sekiranya peserta melebihi target penganjur

10.2 Peserta yang sah ialah peserta yang telah membayar yuran penyertaan dan diakui oleh pihak penganjur

10.3 Peserta tidak dibenarkan menarik diri setelah membuat akuan setuju untuk menyertai seminar ini.

10.4 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Ust Zaidi (019-5850151) dan imam Kadir Jailani (013-8920513)

11. Penutup

Kami amat berharap program yang dirancangkan ini dapat direncanakan dengan jayanya. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga munafaat kursus ini dapat ditebar luaskan demi kemaslahatan umat manusia dan juga kesejahteraan makhuk-makhluknya.

Disediakan Oleh

Ust Mohd Zaidi Mustafa

Pengerusi

Persatuan Guru Pendidikan Islam Kinabatangan (PGPIK)

Tuesday, October 6, 2009

Guru Saman Pengetua

Assalamualaikum.

Semoga menjadi ikhtibar kepada kita semua.


Dipetik dari Utusan Malaysia, 6 Oktober 2009

06/10/2009 7:01pm


KUANTAN 6 Okt. — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov. ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.

Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.

Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb. 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.

Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu - Bernama

Penempatan Semua Lepasan Pendidikan Ke Sekolah Akan Dibekukan Mulai 2010!

Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.

Sumber:
http://upsikini.blogspot.com/2009/10/tnc-penempatan-ke-sekolah-dibeku.html

Thursday, September 24, 2009

Guru tuntut imbuhan

Oleh MARZITA ABDULLAH


ALIMUDDIN MOHD DOM

Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk guru mata pelajaran Bahasa Malaysia pula dituntut oleh golongan guru semasa sesi dialog sempena majlis Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut.

Namun kata beliau, pada masa ini kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk bagi membayar BISP kepada guru-guru yang lain.

Pada masa ini guru-guru yang menerima BISP ialah guru mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

``Kita juga perlu memikirkan kewajarannya dan nanti ada pula guru-guru mata pelajaran lain yang turut menuntut perkara yang sama,’’ katanya.

Sesi dialog bersama Ketua Pengarah Pelajaran tersebut merupakan lanjutan daripada sesi penerangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadiri lebih 1,000 warga pendidik dari seluruh negara.

Sesi dialog yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu turut mendengar pelbagai masalah lain termasuk masalah kekurangan guru mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar.

Seorang guru besar dari Selangor mempersoalkan tentang tempoh perpindahan yang singkat guru bahasa Inggeris dari kawasan bandar ke luar bandar.

``Guru bahasa Inggeris dari bandar ini cantik, ada kereta besar, suami pangkat besar tetapi tidak lama di sekolah luar bandar kerana telah minta ditukarkan ke sekolah bandar,’’ katanya.

Justeru beliau mencadangkan agar pihak kementerian mengambil guru dari kawasan luar bandar untuk mengajar mata pelajaran tersebut kerana hanya guru-guru sedemikian yang boleh memahami dan menerima keadaan persekitaran itu.

``Hanya orang luar bandar sahaja yang boleh membantu pelajar luar bandar,’’ katanya.

Pada sesi dialog tersebut pelbagai cadangan turut dikemukakan oleh golongan guru termasuk mengenai tempoh mengajar yang lebih lama untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dan tempoh mengajar yang singkat untuk mata pelajaran lain.

Turut ditanya ialah mengenai kegagalan pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Malaysia dan penggunaan sama ada bahasa Malaysia atau bahasa Melayu untuk mata pelajaran tersebut.

Selain itu turut dipersoalkan ialah kewajaran memberi BISP secara wang tunai kepada guru-guru terbabit sebaliknya mencadangkan agar pemberian baucar buku kepada mereka.

Dalam pada itu Alimuddin berkata, semua pandangan dan cadangan yang dilontarkan oleh golongan pendidik akan diberi pertimbangan yang serius.

Berhubung pelbagai isu yang berbangkit mengenai perkara baru yang diperkenalkan selepas pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, kementerian mempunyai tempoh dua tahun lagi yang membolehkan pelbagai cadangan dikaji untuk manfaat warga pendidikan semua.

Saturday, September 19, 2009

Maruah 108 pengetua Gred DG52 tercalar diturunkan pangkat

KIRA-KIRA 108 pengetua yang sepatutnya dilantik ke Gred DG52 tahun ini akan dikeluarkan daripada jawatan berkenaan untuk terus kekal pada Gred DG48 seperti sekarang. Mereka adalah pengetua di sekolah menengah yang mempunyai Tingkatan Enam atau sekolah yang lebih daripada 1,750 pelajar.


Pengetua ini akan ditukarkan ke sekolah yang tidak mempunyai Tingkatan Enam atau pelajar kurang daripada 1,750 orang, iaitu pengetua DG48, seperti gred gaji mereka sekarang. Keadaan ini berlaku kerana Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran menganggap Kumpulan 108 pengetua itu berada di luar zon kenaikan pangkat.

Surat dari Bahagian Sumber Manusia menegaskan bahawa hanya pengetua yang sudah dilantik ke DG48 pada atau sebelum 2005 yang layak dinaikkan ke DG52 tahun ini.

Beberapa pengetua yang dihubungi mengatakan, tindakan itu satu lagi ‘serangan’ oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terhadap warga pendidik dengan cuba merendah-rendahkan sumbangan guru.

Mereka berkata, PTD menyatakan guru yang sepatutnya dilantik ke DG52 secara hakiki itu berlaku secara luar biasa. Sebaliknya, guru mengatakan mereka diberi jawatan sekarang disebabkan merit, iaitu Pengarah Pelajaran Negeri berpuas hati dengan prestasi dan keupayaan masing-masing.

Pengetua DG48 itu dihantar memimpin di sekolah yang gred pengetuanya DG52 kerana kecemerlangan mereka.

Kumpulan 108 pengetua itu dilantik pada 2006 atau selepas tahun berkenaan dan tidak layak ke DG52 mengikut syarat tiga tahun di DG48 seperti ditetapkan oleh PTD yang mentadbir keseluruhan Bahagian Sumber Manusia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menerusi teras kelimanya menyatakan ‘Memartabatkan Kerjaya Keguruan’ namun tindakan ini seolah-olah menjatuhkan maruah guru dan keluarga mereka keseluruhannya.

Kumpulan 108 pengetua ini sudah lebih dua tahun memimpin sekolah berkenaan dan bakal ditukarkan ke sekolah lebih kecil.

Guru di daerah mereka mengenali pengetua ini sebagai penjawat DG48 yang akan dinaikkan ke DG52 kerana bertugas di sekolah sekarang tetapi tiba-tiba ditukarkan ke sekolah lain, semata-mata kerana tidak berada dalam zon kenaikan pangkat.

Zon kenaikan pangkat itu sekarang ditakrif oleh PTD sebagai ‘tiga tahun berada di DG48’.

Seorang pengetua berkata, ‘tindakan ini bukan saja menjatuhkan maruah kami tetapi juga mengakibatkan pengetua hilang moral dan tidak bersemangat untuk memimpin.

“Bayangkan keadaan kami. Selama dua, tiga tahun menjadi pengetua di sekolah DG52 tetapi ditukarkan semula ke sekolah pengetua DG48. Ini satu bentuk hukuman sedangkan kami tidak melakukan kesalahan. Kami dihukum kerana sebelum ini kami dinaikkan pangkat secara merit,” katanya.

Pelantikan Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Pelajaran memberi harapan baru kepada warga pendidik untuk mendapat peluang kenaikan pangkat yang lebih terbuka dan adil.

Tan Sri Muhiyiddin Yassin sewajarnya meneliti rintihan Kumpulan 108 pengetua ini yang berasa mereka cuba dianiaya.


Berita Harian Online: 18 Ogos 2009

Saturday, August 1, 2009

ADAKAH GURU DINILAI DENGAN SEPATUTNYA?

Naninu Sakun

ADAKAH GURU DINILAI DENGAN SEPATUTNYA? Fenomena ini sering bermain dilubuk sanubari seseorang guru tatkala keputusan siapa dapat APC( Anugerah Khidmat Cemerlang ) keluar. Ketika itu bermacam2 pendapat keluar sama ada guru sedemikian layak ataupun tidak? Teringat saya ketika era melintang dan menegak berlaku satu ketika dahulu sebelum skim ssm ini diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ada seorang guru pernah berkata kepada saya tahunni kena kerja semua cantik untuk dapat melintang menegak. Spontan saya menjawab, kalau nak harapkan demikian bermakna tidak ikhlas dalam mendidik anak murid kita. Mungkin cemerlang dan gemilang di dunia tetapi diakhirat kita tenggelam. Terkedu guru berkenaan.

Bukan niat nak jatuhkan beliau tapi nak menyedarkan dia erti perjuangan seorang guru! Ketika saya menuntut ilmu dahulu, saya memuji guru2 saya yang tidak pernah kenal erti jerih perih mendidik anak2 komando. Cikgu Wan, ya nama itu begitu sinonim dengan pelajar di kem Komando. Beliau dan beberapa orang guru lagi sehingga jam 10 malam mengajar kami. Sistem kem askar ketika itu, guru2 diberi rumah guru berdekatan dengan sekolah. Justeru, tidak timbul anak2 guru akan terkorban dalam menuntut ilmu.

Pergi sekolah, guru2 berjalan kaki bersama murid2. Asuhan mereka yang mempunyai berbagai2 pendekatan dapat mendidik kami menjadi insan yang berguna. Dari pendekatan keras hingga lembut semua ada tetapi bapa2 kami tidak pernah memaki hamun guru kerana mereka tahu guru2 di situ mengajar sebagaimana KOMANDO dilahirkan. Mungkin pendekatan ini boleh dipraktikkan sekarang. Namun. ini adalah cadangan bagi membendung gejala2 negatif sekaang yang begitu menular berlaku. Waktu itu melintang, menegak tidak ada, terlentang kita dibuatnya adala.

Para pentadbir kadangkala lebih mengutamakan guru2 perempuan yang cantik untuk cemerlangni. Minta maaf jika saya timbulkan isu ini. Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang dilalui. Didepan saya seorang guru perempuan, pagi2 lagi dah menunggu pentadbir datang ke sekolah dengan muka yang bermekap cantik semata2 hendak mengucapkan good morning sir! Nampakje pentadbir ambik cat terus mengecat dan bermacam2 lagi. Tahu apa beliau dapat bila keluar keputusan? Menegak! Walau UPSR merundum kerana bahasa Inggeris yang diajarnya dikelas UPSR, beliau masih mendapatnya.

Patutkah? Di sini dapatlah kita lihat apa yang dinilai oleh pentadbir sedemikian. Kadangkala perkara ini melemahkan semangat guru2 untuk mengajar. Ada positif dan ada negatifnya. Situasi yang lain disekolah yang lain, saya belajar melihat pengalaman seorang pentadbir yang ramai mengatakan beliauni seorang yang tegas. Saya suka menguji apabila bertemu situasi ini, kerana saya mengamalkan prinsip berani kerana benar takut kerana salah. Boleh rujuk rekod di JPN Melaka siapakah guru yang pernah buat laporan tentang karenah guru besar? Dah tentu saya. Sebab saya berpegang jika sekali maruah kita dipijak kita jangan biarkan orang terus memijak kita. Tahu kenapa saya buat laporan? Guru Besar tersebut telah memaki saya di depan anak2 murid saya dan guru kerana saya bagi idea sikit dalam perbahasan. Patutkah ini? Boleh rujuk etika perguruan kerana dengan membawa etika perguruan nilah saya membuat laporan ke JPN. Tahu apa yang dikata oleh orang JPN, kami tak percaya! selang beberapa bulan kemudian guru besar tersebut telah disaman oleh seorang guru kerana mengatakan dia MONYET!

Berbalik kepada pentadbir yang dikatakan tegas itu, atas nasihat presiden KPPK ketika itu, beliau menyuruh saya memahami dan menyelami diri pentadbir sedemikian dan cuba bertindak secara berhemah. Alhamdulillah saya berjaya. Bukan berjaya membodek tapi berjaya menegurnya mengeluarkan setiap hati para guru di bawahnya. Rupa2nya guru besar ini suka org bercakap dan meluahkan setiap yang terbuku kepadanya tanpa risau diambil tindakan negatif. Selama saya dibawahnya, saya lihat beliau sebenarnya cukup mengenali kaki2 bodek ataupun tidak. Walaupun beliau nampak tegas tetapi sebaliknya beliau menilai setiap kerja yang kita buat dengan penilaian yang positif. Akhirnya ramai guru2 mulai seronok dengan pendekatan yang dilakukan. Dia biasa berkata kepada guru2, cikgu2 buat kerja kita sebagai guru, kalau ada ibubapa atau org2 jabatan hendak menyerang cikgu, saya akan pertahankan kerana saya yakin guru2 saya adalah yang terbaik.

Perkara ini jugalah pernah saya lalui ketika di Sarawak apabila seorang bapa datang ke pejabat Guru Besar mengadu kepada pentadbir tentang guru yang memarahi anaknya. Tahu 1Malaysia apa yang dibuat oleh guru besar tersebut? Menulis satu surat dan di dalamnya mengandungi kata2 anak anda ditukarkan ke sekolah lain serta merta. Terkejut bapa tersebut. Tau apa kata guru besar berkenaan, SAYA PERCAYA GURU2 SAYA, MEREKA MENGAJAR NAK DIDIK MENJADI INSAN YANG BERGUNA..Merayu2 bapa pelajar tersebut tapi guru besar tersebut tetap dengan keputusannya. Seandai dan sekiranya setiap pentadbir mengamalkan kisah 2 pentadbir yang positif ini saya yakin setiap guru tidak akan rasa takut dalam mengajar anak2 didik mereka dengan lebih bersemangat lagi. TERIMA KASIH GURU2 YG IKHLAS. Anggap sahaja kita juga pejuang sempena Hari Pahlawan ini...

Sunday, July 26, 2009

Adakah Guru Biasa Selamat ?

Email Oleh : Naninu Sakun

Adakah guru yang tiada berjawatan ataupun senang dipanggil guru biasa akan selamat ketika menjalankan tugas? Fenomena inilah yang selalu bermain di jiwa seorang guru. Rutin guru yang sudah berkeluarga, pagi bangun seawal jam 5 pagi menguruskan diri dan keluarga serta tanggungjawab sebagai seorang Islam melakukan solat subuh. Sesudah itu bersiap menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke sekolah untuk bertugas.Di sekolah mulalah sibuk mengajar hingga jam 2 petang termasuk kelas tambahan. Kadang-kadang berlanjutan ke jam 3 petang kerana mesyuarat.
Anak-anak guru di sekolah? Adakah guru biasa selamat? Itu baru sikit pengorbanan seorang guru biasa yang terpaksa berkorban demi untuk mendidik anak-anak Malaysia menjadi orang berguna. Persoalannya jika berlanjutan ke 5 petang kerja di sekolah, anak-anak guru macamana? Rasanya guru terpaksa berkorban walau anak-anak dia belum tentu selamat. Perkara ini bukan jadi omongan kosong tapi saya membawanya untuk kita memikirkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru biasa.

Sekarang hari cuti seperti Sabtu, jiwa seorang guru jadi terganggu. Kenapa? Ladap yang terpaksa di hadapi selama 7 hari. Mungkin yang bukan guru berkata 7 hari dalam setahun bukannya susah, tapi bila tolak campur dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang mula melampau seperti motivasilah, khemah ibadat, rakan muda, program rakan sebaya, rombongan sekolah, hari anugerahlah dan bermacam-macam lagi. Adakah guru biasa selamat? Justeru tidak hairanlah mengikut kajian yang dibuat baru-baru ini banyak guru yang menjadi gila atau mengalami simpton kemurungan. Yang hairannya kerani-kerani sekolah, pembantu tadbir kerja hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad bolehlah dengan keluarga mereka tapi guru? Dahlah bebanan buku stok juga dibebankan kepada guru. Adakah guru biasa selamat?

Ibu Bapa pelajar senantiasa perhati sahaja tindakan guru-guru. Jumpa sahaja kesalahan walaupun sikit melenting hingga ke pejabat pelajaran. Pegawai-pegawai ppd pun turunlah menyiasat dan kadang-kadang menghukum tanpa usul periksa. Pernah 1 kes yang saya jumpa, seorang guru tidak mahu bawa pelajar-pelajar ke majlis sukan sekolah lain kerana ibu bapa pelajar masih tidak beri surat keizinan. Guru Besar melenting sebab guru tersebut engkar. Bila diteliti memang patut guru tersebut tidak berbuat demikian kerana kalau terjadi sesuatu yang buruk, pasti Guru Besar akan lepas tangan punya. PPD apatah lagi.Tahu apa jadi pada guru tersebut? Beliau dipindahkan jauh ke pedalaman atas alasan guru besar kepada ppd bahawa guru tersebut tidak memberi kerjasama dan engkar perintah. Yang PPD pun tak menyiasat terus jalankan hukuman. Adakah guru biasa selamat? Tapi kalau guru besar yang kena tangkap khalwat, apa PPD buat, TUTUP KES..........Bukan cerita tipu 1 Taiping dah tahu..........

Kisah seterusnya berlaku pada isteri saya pula. Cuba 1 Malaysia bayangkan, seorang pengetua buat mesyuarat di bulan puasa bermula jam 2.30 petang habis jam 6 petang. Patutkah perkara ini? Pengetua memanglah ada kuasa, tapi dia tidak sedarkah tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Alasannya keluarga nombor 2. Memanglah boleh dia kata begitu sebab kahwinpun tidak umur dah 50 lebih. Adakah guru biasa selamat? Itu tragedi pertama yang berlaku kepada isteri saya, tragedi yang kedua lagi teruk. Isteri saya sudah banyak kali keguguran. Memang susah untuk lekat sebab menurut doktor rahim kurang kuat. Berusahalah saya dan isteri mendapat rawatan di hospital swasta. Alhamdulillah isteri saya mengandung, dan saya menjaga isteri saya sebaik mungkin takut keguguran lagi dan bila kandungan mencecah 4 bulan ada 1 peristiwa sedih berlaku lagi. Sepatutnya isteri saya mendapat rawatan di hospital kerajaan sebelah petang kerana pagi sekolah, namun pada hari berkenaan ada mesyuarat dibuat oleh pengetua tersebut lagi. Isteri saya telah berjumpa dengan pengetua tersebut memohon keizinan untuk pelepasan. Tahu apa pengetua tersebut kata, cikgu wajib hadir ke mesyuarat. Takpe nanti saya suruh cikgu lain hantar cikgu ke klinik tersebut mendapat rawatan disebelah pagi dan balik nanti cikgu naiklah bas ataupun teksi. Menangis isteri saya diklinik waktu menghubungi saya bila ditinggalkan di klinik tersebut. Apakah perasaan anda wahai pembaca 1 Malaysia? Adakah guru biasa selamat? ..............Dengarnya pengetua tersebut dah mengajar di daerah Kuala Kangsar pula......... Wahai pembaca, setiap apa yang saya paparkan di atas bukannya hendak menakutkan orang dari menjadi guru. Apa yang saya luahkan ini untuk mengingatkan pentadbir-pentadbir agar lebih berperasaan. Semoga guru biasa tidak terus terkorban...........

Wednesday, July 15, 2009

Cuepacs tuntut bonus dalam skim perkhidmatan

KUALA LUMPUR 15 Julai — Cuepacs menuntut supaya elemen bonus digabungkan dalam skim perkhidmatan kakitangan awam bagi memastikan ia dibayar setiap tahun.

Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan berdasarkan kemampuannya tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan.

Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Kongres itu juga mencadangkan supaya kadar faedah bagi pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus pada kadar sekarang kepada satu peratus setiap tahun.

Perkara itu merupakan antara beberapa cadangan baru kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan kepada penjawat awam dalam satu memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak lama lagi.

Sumber-sumber CUEPACS memberitahu Bernama hari ini bahawa memorandum itu diluluskan pada mesyuarat majlis kongres di Ipoh baru-baru ini juga akan menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh para pegawai.

— LAGI CUEPACS-BONUS 2 KUALA LUMPUR Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.

Satu lagi perubahan besar yang dituntut CUEPACS adalah berhubung pengiraan pencen.

Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen yang ada sekarang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir ditukar bagi memasukkan juga semua elaun.

Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.

CUEPACS juga menuntut satu faedah baru dalam bentuk cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.

Satu lagi faedah baru yang diminta ialah bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.

Mengenai pelbagai skim perkhidmatan, Cuepacs menuntut supaya sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan.

Cuepacs juga mahu skim sub-profesional diwujudkan bagi pemegang diploma.

Sumber-sumber itu berkata para pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbang cadangan mereka dengan fikiran terbuka.

“Kami sedar bahawa cadangan itu, yang jika diterima keseluruhannya, akan meningkatkan kos pentadbiran kerajaan dengan begitu besar tetapi apa yang kami harapkan ialah permintaan kami itu akan dipenuhi secara berperingkat,” kata mereka.

— BERNAMA

Saturday, July 11, 2009

Guru Tercabar Lagi

Apa sudah jadi kepada profesional perguruan? Guru di rotan seperti anjing kurap. Di mana maruah seorang pendidik dihadapan ribuan pelajarnya? Di mana jaminan keselamatan seorang penjawat awam dipremisnya? Apa sudah jadi dengan akhlak ibubapa? Adakah keIKHLASan Guru boleh datang dan menjelma sebegitu mudah dalam mendidik pelajar yang ibubapanya samseng tidak bertempat?

Bapa Pelajar Menumbuk & Memukul Guru Guna Batang Paip

Seorang bapa pelajar tingkatan tiga, SMK Abdullah II, Semporna, Sabah bertindak berani menumbuk dan memukul seorang guru displin sekolah En. Zul Ahmad B. Kasuagi dengan menggunakan objek keras iaitu batang paip berkali-kali menyebabkan kecederaan parah pada bahagian badan guru tersebut serta menerima beberapa jahitan di bahagian kepala.

Kejadian berlaku pada jam 11.00 pagi ketika bapa pelajar yang berkerja sebagai seorang tentera berumur dalam lingkungan 30an dan juga ditemani oleh seorang lagi lelaki berusia lingkungan 50an yang dipercayai datuk kepada pelajar tersebut berjumpa dengan guru displin di sekolah seterusnya bertindak secara tiba-tiba menumbuk dan memukul guru tersebut berkali-kali tanpa berbincang terlebih dahulu. Seorang daripada rakan mangsa juga seorang guru cuba menyelamatkan mangsa dengan meleraikan pergaduhan. Suspek kemudiannya menjerit memanggil anaknya di tingkat bangunan bersebelahan kemudian terus membawa anaknya pulang tanpa sebarang makluman kepada pihak sekolah.

Kejadian ini telah disaksikan oleh beberapa orang guru dan juga pelajar yang kebetulan berada di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dihantar terus ke hospital berdekatan bagi mendapat rawatan kecemasan akibat pendarahan teruk di kepala. Bagaimanapun, mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat rawatan.

Menurut pihak sekolah kejadian ini berlaku akibat salah faham bapa pelajar tersebut setelah anaknya telah dikenakan hukuman displin oleh guru berkenaan pada dua hari sebelumnya ketika sekolah menjalankan aktiviti ko-kurikulum pada hari Sabtu (4/7/09). Menurut sekolah juga,pelajar tersebut pernah melanggar displin sekolah beberapa kali dan telah diambil tindakan oleh sekolah.

Ekoran kejadian ini, laporan polis telah dibuat bagi menyoal siasat bapa pelajar tersebut serta Pegawai Tinggi Tentera di cawangan Semporna,Sabah juga telah melawat mangsa bagi mendapat maklumat dan penjelasan mengenai kejadian di rumah kediaman mangsa.

Sumber :Sabahdaily

Monday, June 29, 2009

Pelatih PLKN mati di Kem Guar Chenderai, Padang Besar

KANGAR: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui mati di tempat tidurnya di Kem Guar Chenderai, Padang Besar awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Deros yang ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini berkata, Abdul Malik Ishak, 18, disedari telah mati pukul 5.45 pagi ketika rakan sebiliknya cuba mengejutkannya untuk sembahyang Subuh.

Pelatih berasal dari Kampung Kampung Relong, Sik, Kedah mendaftar memasuki kem itu kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, mayat Abdul Malik telah dibawa ke HTF dan hasil bedah siasat menunjukkan kematiannya bukan disebabkan perbuatan khianat.

"Selain bedah siasat oleh HTF, anggota forensik Hospital Tuanku Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah juga turut menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Che Man berkata, pada masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada tanda wujudkan perbuatan jenayah.

Katanya, mangsa belum lagi menjalani kegiatan lasak sejak menyertai kem kerana dalam tempoh dua minggu lalu, kem itu hanya menjalankan kerja-kerja pentadbiran.

Bapa mangsa, Ishak Sudin, 59, berkata, anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu amat gembira untuk menyertai latihan itu selepas menerima surat tawaran beberapa minggu lalu.

"Saya tidak menggalakkannya kerana dia tidak begitu sihat dan menghidap lelah," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berharap orang ramai dan media massa tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian pelatih itu.

Beliau yang turut menziarahi jenazah Abdul Malik berkata pelatih berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan berdasarkan borang deklarasi kesihatannya yang diisi sendiri oleh pelatih.

"Ini merupakan kes pertama tahun ini bagi siri ketiga PLKN. Kita memahami apa sahaja pampasan ia tidak akan sama nilainya dengan kepergian Allahyarham," katanya.

Dr Abdul Latiff turut menunaikan solat jenazah di HTF bersama-sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mengenai prosedur deklarasi kesihatan pelatih PLKN, beliau berkata, ia akan diteruskan seperti biasa dan tiada cadangan untuk diganti.

Melalui prosedur itu, setiap pelatih PLKN perlu mengisi borang deklarasi kesihatan dan jika mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai pengidap penyakit berbahaya termasuk epilepsi, mereka boleh memohon pengecualian daripada mengikuti latihan. BERNAMA

Friday, May 22, 2009

Guru diploma dapat durian runtuh

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) berpeluang menikmati skim perkhidmatan lebih baik apabila kerajaan mengumumkan kenaikan pangkat dan pertambahan kuota Guru Cemerlang sehingga 1,486 bagi pelbagai gred berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak pernah melupakan guru diploma.

‘‘Hari ini kita umumkan pula untuk PPPLD, berkuat kuasa serta merta jadi saya harap mereka berpuas hati,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan guru bukan siswazah cuma pengumuman kenaikan pangkat itu didahulukan kenaikan pangkat dan tambahan Guru Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Berita gembira untuk PPPS itu diumumkan pada sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan di Terengganu, 16 Mei lalu.

Pada sambutan Hari Guru itu, Muhyiddin telah meluluskan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa serta merta.

Beliau juga berkata, kerajaan juga bersetuju mewujudkan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP Siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah.

Ekoran daripada pengumuman itu, guru PPLD telah menyatakan rasa kecewa mereka termasuk menghantar surat ke ruangan Forum Utusan Malaysia kelmarin.

Masalah yang sama turut dibangkitkan oleh Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohd. Sabri Mohd. Arshad baru-baru ini yang mendakwa kerajaan ‘tidak bersikap adil’ terhadap guru bukan siswazah yang sudah lama berkhidmat di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Tuesday, May 12, 2009

Mesyuarat Pentakziran Berasaskan Sekolah di SMK Sri Lamag

Baru sahaja selesai mesyuarat Pentaksiran Berasasakan Sekolah (PBS) yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Sri Lamag.

Mesyuarat yang beberapa kali telah ditunda kerana masalah teknikal ini berlangsung di dalam keadaan penuh ceria kerana buat pertama kalinya guru-guru Pendidikan Islam peringkat sekolah menengah dapat berkumpul dan berbincang bagi menyelesaikan tanggungjawab terhadap pelajar mereka.

Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan ini dipengerusikan oleh Ust Sabri Awang Teh, selaku Pengerusi Pasukan Kerja Pendidikan Islam daerah. Beliau telah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada GPI yang hadir kerana beliau telah beberapa kali berusaha untuk mengadakan program ini.

Mesyuarat ini diisi dengan pengisian dan pembentangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikendalikan oleh Ust. Mohd Zaidi Mustafa, Ketua Pentaksiran Kawasan. Ustazah Fatimah dilantik sebagai setiausaha mesyuarat dan seterusnya akan bertindak sebagai setiausaha Pasukan Kerja Pendidikan Islam Peringkat sekolah Menengah.

Mesyuarat PBS ini memutuskan bahawa:-
1. PAFA dihabiskan di peringkat Tingkatan 1 dan 2, bagi mengurangkan bebanan Guru Tingkatan 3 dalam menyiapkan PBS
2. Ayat-ayat hafazan PBS dihafaz dan diberi penekanan dari tingkatan 1 dan 2. Guru Tingkatan 3 hanya menguji dan menjayakan PBS
3. Menyediakan Buku Rekod PAFA dan PBS peringkat daerah
4. Menyediakan borang kajian keupayaan dan penguasaan Al-Quran pelajar-pelajar tingkatan 3. Ini bertujuan mendapatkan statistik masalah buta dan sepek Al-Quran di daerah Kinabatangan. Kajian terhadap pelajar Tingkatan 3 di 4 buah sekolah Menengah Kinabatangan.

5. Menyelaraskan soalan PBS peringkat daerah
6. Menjadikan ayat hafazan PBS sebagai doa permulaan belajar bagi pendidikan Islam
7. Sistem Fail PBS dikemaskinikan dan senang dirujuk oleh Ketua Pentaksir
8. Pelaksanaan pentaksiran dimulakan pada awal tahun

Perkara-perkara lain turut diputuskan
1. Penyelarasan RPH
2. Menubuhkan pasukan pembina soalan peringkat daerah
3. Membuat Bush Jaket [lelaki]dan Jubah [perempuan] bagi GPI
4. Perkongsian bahan P & P

Jutaan terima kasih kepada pihak SMK Lamag atas kesudian menjadi tuan rumah dan usaha Ustazah Idayati Ismail (ketua Panitia) yang bertungkus lumus menjayakan mesyuarat dan taklimat ini.