Friday, February 13, 2009

MTQ Daerah Ditunda

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Kinabatangan terpaksa ditunda tarikhnya daripada 26 FEbruari kepada 3 Mac. Pemindaan terikh ini diputuskan selepas Kursus Marhaban berzanji di PKG pada khamis baru-baru ini.

Keputusan ini terpaksa diambil kerana penyelia agama yang bertindak sebagai setiausaha Induk MTQ berada diluar kawasan pada tarikh tersebut. PGPIK berkeyakinan pemindaan tarikh ini tidak akan menjejaskan prestasi sekolah-sekolah yang bertanding, bahkan akan memberi cukup waktu bagi jurulatih mempersiapkan peserta dan pasukan masing-masing.

Keputusan juga turut dicapai dalam kursus tersebut untuk GPI menggunakan email pgpik08@yahoo.com sebagai penghubung untuk GPI menghantar maklumat dan menerima maklumat untuk MTQ kali ini. Kepada GPI yang memerlukan pasword email tersebut, sila berhubung dengan pengerusi PGPIK, ust Zaidi.

Apapun kita mengharapkan, MTQ kali ini akan dapat melahirkan peserta yang lebih berkualiti yang mampu mengharumkan nama daerah ke peringkat yang lebih tinggi

No comments: