Friday, February 27, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Cuepacs tolak cadangan JPA
SINTOK: Cuepacs menolak cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai syarat lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan tahap empat, prestasi cemerlang tiga tahun berturut-turut dan perakuan ketua jabatan untuk mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji.
Presidennya Omar Osman berkata, Cuepacs mahu setiap kakitangan yang lulus PTK tahap 4 dan menunjukkan prestasi cemerlang tiga tahun berturut diberikan kenaikan pangkat atau anjakan gaji secara automatik tanpa perakuan ketua jabatan.
“Sekarang ini ramai kakitangan yang memenuhi ketiga-tiga kriteria itu tetapi tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka nikmati,” kata Omar.
Katanya, Cuepacs turut menolak penambahbaikan yang dibuat JPA yang menghendaki kakitangan mengambil ujian semula tahun berikutnya sekiranya tidak mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji pada tahun mereka lulus ujian itu.
Menurutnya rasa tidak puas hati berkaitan PTK tidak sahaja bangkit dari kakitangan bawahan malah sehingga peringkat pegawai kanan.
Omar berkata, Cuepacs telah selesai membuat penambahbaikan terhadap 18 daripada 30 perkara penambahbaikan peperiksaan PTK) yang dibuat oleh JPA.
Cuepacs akan mengadakan satu kongres di Kuala Terengganu bulan depan bagi membincang dan meluluskan penambahbaikan itu sebelum ianya diserahkan kepada JPA. - Bernama
Saturday, February 21, 2009
5 perkara elok disebut-sebut
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
- Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
- Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
- Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
- Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Friday, February 13, 2009
MTQ Daerah Ditunda
Keputusan ini terpaksa diambil kerana penyelia agama yang bertindak sebagai setiausaha Induk MTQ berada diluar kawasan pada tarikh tersebut. PGPIK berkeyakinan pemindaan tarikh ini tidak akan menjejaskan prestasi sekolah-sekolah yang bertanding, bahkan akan memberi cukup waktu bagi jurulatih mempersiapkan peserta dan pasukan masing-masing.
Keputusan juga turut dicapai dalam kursus tersebut untuk GPI menggunakan email pgpik08@yahoo.com sebagai penghubung untuk GPI menghantar maklumat dan menerima maklumat untuk MTQ kali ini. Kepada GPI yang memerlukan pasword email tersebut, sila berhubung dengan pengerusi PGPIK, ust Zaidi.
Apapun kita mengharapkan, MTQ kali ini akan dapat melahirkan peserta yang lebih berkualiti yang mampu mengharumkan nama daerah ke peringkat yang lebih tinggi
Thursday, February 12, 2009
Sekitar Kursus Marhaban Berzanji dan Bengkel Syarahan
Pada sebelah petang, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan sekolah Menengah bersidang untuk memgeluarkan butiran-butiran syarahan. Ianya dikemudi oleh Ust Mohd.Zaidi Mustafa. Sementara itu, para peserta sekolah Rendah bersidang untuk menggarapkan teknik dan isi bercerita. Ust Hafizul Othman dari SK Bukit Garam 2 bertindak sebagai pemudahcara
Terima kasih Daun Keladi Ustaz, kami ni belum pandai lagi.. kena datang ajar lagi
Tuesday, February 10, 2009
Makluman Untuk Jurulatih MTQ Sekolah
Kursus Marhaban, Berzanji dan Kompang
Munaqasah Syarah dan Bercerita
Program akan di adakan seperti ketetapan berikut:
Masa :8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tarikh : 12 Februari 2009
Tempat : Pusat Kegiatan guru Kinabatangan
Bagi jurulatih Marhaban, Berzanji dan kompang-
sila bawa buku berzanji dan kompang
Bagi jurulatih syarahan dan bercerita
- Sila bawa laptop, Al-Quran, Hadis, Buku-buku yang berkaitan tajuk cerita dan syarahan