Wednesday, January 26, 2011

Elaun wilayah perlu dikaji semula: Ismail

KOTA KINABALU - Kesatuan Pekerja-Pekerja Hasil Dalam Negeri Sabah (SiREU) mahu sypaya elaun wilayah yang diperkenalkan pada 1970, dinaikkan.

Yang Dipertua SiREU, Ismail Yusuf berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Bersama Lembaga LHDN Malaysia yang dipengerusikan oleh ketua pegawai eksekutif Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar esok.

"Elaun ini tidak pernah dikaji sejak 1970 dan bila agensi dipersekutukan pada 1978, tidak juga dikaji semula, jadi kini sudah tiba masanya.

"Kami sudah banyak kali mengutarakan isu ini di mesyuarat-mesyuarat berkaitan, namun kami akan berpeluang membawanya untuk perhatian ketua pegawai eksekutif yang baru," katanya.

Ismail berkata elaun wilayah ketika ini adalah antara 12 peratus dan 25 peratus daripada gaji pokok, berbeza bagi setiap peringkat jawatan.

"Kami berharap pemberian elaun wilayah ini dinaikkan sehingga 30 peratus," katanya.- Bernama

Saturday, January 15, 2011

600 guru kanan kempunan naik pangkat

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Lebih 600 orang guru penolong kanan siswazah di seluruh negara mendakwa hak mereka untuk mendapat kenaikan pangkat menjadi guru besar sekolah kebangsaan dinafikan.

Ia berlaku apabila mereka berada dalam gred DG41 sedangkan syarat untuk jawatan guru besar hanya bagi guru yang mempunyai gred gaji DG34 iaitu bukan siswazah.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, polisi itu menyebabkan ramai guru yang menyambung pengajian di peringkat ijazah kecewa kerana disekat daripada mendapat kenaikan pangkat.

“Sepatutnya guru yang sudah lama menjadi penolong kanan sekolah selepas melanjutkan pelajaran dapat peluang naik pangkat jadi guru besar tetapi sekarang ia tidak berlaku.

“Selepas tamat belajar mereka tetap akan jadi penolong kanan walaupun gred mereka lebih besar daripada guru besar sekolah itu sendiri,” jelasnya kepada Kosmo! Ahad di pejabatnya di sini semal

Tuesday, January 4, 2011

Sila Dapatkan RPT KSSR Pendidikan Islam Tahun 1

Kepada semua GPI Kinabatangan sekolah Rendah, khususnya mereka yang mengajar Pendidikan Islam Tahun 1. Sila dapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan untuk KSSR bagi tahun 1 pada laman berikut:


Mana-mana guru yang telah berjaya, sila dapatkan, khabar dan sebarkan kepada rakan-rakan. Semoga perkongsian ini bakal memantapkan kerja kita..

Selamat Memulakan Tugas di tahun baru.

Salam Hormat daripada pengerusi PGPIK