Friday, December 25, 2009

Guru Sarjana Dan Phd Perlu Insentif

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.

"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka.

Sumber : Harakahdaily.net
"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.

Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.

Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertingggi.

Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.

Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.

Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang an Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.

Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.

Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.

Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Tuesday, December 1, 2009

NISBAH GURU WANITA TINGGI

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberikan penjelasan mengenai insentif khusus yang diberikan kepada guru wanita dalam perkhidmatan mereka.Abdul Hadi sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, guru wanita berperanan secara khusus dalam aspek pendidikan dengan sifat, tabiat dan naluri kewanitaan yang ada pada mereka namun dalam masa yang sama mereka juga berperanan dalam membentuk dan mendidik keluarga."Apakah insentif yang diberikan kerajaan terhadap tugas mereka yang besar dan apakah ruang-ruaang yang sepatutnya diberi supaya mereka berjaya dalam kerja dan keluarga bahagia?"soalnya.

Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya berkata, Kementerian menyedari tanggungjawab besar yang dipikul oleh guru wanita terhadap keluarga. Oleh itu, KPM sentiasa menjaga kebajikan guru wanita seperti menyediakan pusat asuhan untuk anak-anak mereka.

Berkenaan insentif pula, KPM menyediakan satu skim yang sama kepada guru lelaki dan wanita berdasarkan mutu perkhidmatan dan juga khidmat cemerlang yang ditunjukkan manakala dari segi kenaikan pangkat, tiada diskriminasi gender

"Kita sedar guru wanita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga.Sebab itulah kita sentiasa menjaga kebajikan guru wanita contohnya keperluan untuk mengadakan program asuhan kepada anak mereka," katanya.Sebelum itu, Abdul Hadi meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah menengah khususnya di sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan pinggir bandar.Wee Ka Siong memberitahu,sehingga 31 Januari 2009 nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah renndah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara ialah nisbah satu kepada dua.Manakala jumlah guru mengikut jantina di sekolah di bawah KPM adalah seperti berikut:Bagi sekolah rendah guru lelaki ialah seramai 67947 manakala guru perempuan ialah seramai 151,819.

Bagi sekolah menengah guru lelaki ialah seramai 53825 manakala guru perempuan ialah seramai 112,440 Jumlah keseluruhan guru lelaki ialah 121,772 manakala guru perempuan 264,259KPM ujarnya sedang mengambil langkah untuk menyeimbangkan jurang guru lelaki dan wanita di negara ini dengan meningkatkan kuota pengambilan guru lelaki untuk meyertai kursus perguruan khusunya ke kawasan pedalaman.KPM juga meningkatkan pengambilan guru lelaki dalam bidang yang menarik dan lasak seperti sains sukan, kemahiran hidup, dan vokasional selain meningkatkan promosi di media massa untuk memberi informasi mengenai bidang pendidikan.

Dato' Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) dalam pada itu mendakwa KPM mengamalkan sikap diskriminasi terhadap lelaki apabila jumlah guru wanita lebih ramai daripada guru wanita.Namun Wee Ka Siong menafikan dakwaan itu sebaliknya meminta Mohammad Aziz mengambil kira jumlah penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menunjukkan jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki.